Friday, November 7, 2008

Terima Kasih

Kerana ketiadaan kamera saya jadi malas nak update blog ni. Kerana saya suka jika update blog ni dan disertai dengan gambar sekali. Walau bagaimanapun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menempah kek bagi promosi bulan Oktober hari tu. Tapi tak dapatlah nak sertakan gambar. Terima kasih daun keladi, nanti orderlah lagi...

Wednesday, October 29, 2008

Kamera Tak Ada

Semasa cuti deepavali hari tu saya balik ke kampung. Tak terkecuali juga kamera ku tersayang. Bila nak balik semula ke sini kamera plak tertinggal. Aduh...
Hari ni ada jamuan hari raya untuk seluruh staff di tempat saya ni. Macam-macam ada. Laksa, nasi beriyani, sate, lemang, kambing panggang, soto, ABC dan macam-macam lagi. Saya ada ambil gambar, tetapi menggunakan handphone sahaja. Lepas tu tak tau macam mana nak transfer ke komputer. NAnti saya belajar dulu. Kalau dah pandai nanti bolehlah semua tengok gambar ye.
Gambar tempahan untuk promosi open house yang telah ditempah oleh kawan-kawan pun tak dapatlah nak tunjuk. Walau bagaimanapun terima kasih kepada yang telah menempah.

Friday, October 24, 2008

Jamuan hari raya

Semalam saya punya department telah mengadakan open house. Makanan sesiapa yang sudi boleh lah bawa sendiri. Untuk yang real punya open house bagi seluruh kakitangan ialah pada 29 Syawal nanti. Banyak yang telah menyumbang makanan. Main food ialah laksa johor. Ok kita jamu mata dengan gambar makanan yang sempat saya ambil sebelum lesap satu persatu makanan tu.

Laksa johor. Memang sedap hingga menjilat jari.


Sandwich tuna. Ni anak dara yang buat.


Lemon untuk dimasukkan ke dalam tea supaya menjadi lemon tea.


Yang ni plak kuih muih yang dibawa. Macam-macam ada.


Koktail yang berwarna pink. Emm...sedapnya...


Lagi sumbangan yang dibawa. Semuanya sedap-sedap belaka.

Thursday, October 23, 2008

Biskut Raya 2008

Tahun ni saya hanya menerima tempahan tart gulung sahaja. Biskut-biskut lain saya tak buat walaupun ada yang bertanya biskut seperti tahun lepas. Ada yang tanya mushroom cookies, biskut tembikai, tapi maaflah saya tak buat sebab nak fokus kepada kek lapis sahaja. Almaklumlah saya membuatnya seorang diri. Takut tak terkejar nanti. Tapi manalah tahu tahun depan saya dapat pembantu, bolehlah buat cookies dan juga kek lapis. Oklah mari kita tengok beberapa jenis cookies yang ada di rumah masa raya hari tu.

Ni biskut suji ada juga orang panggil biskut arab. Ni mak saya yang buat.




Yang ni plak tak tau apa namanya. Maklumlah biskut beli.hehehe...



Biskut makmur, sejenis biskut tradisional. Ni pun beli juga.


Yang ni paling istimewa, tart gulung, sebab saya yang buat sendiri. hehehe...

Wednesday, October 22, 2008

R & D

Selain membuat tempahan yang diterima, saya juga membuat R & D (research and development) sendiri. Bukannya apa. Kadang-kadang nak buat kek lapis yang mempunyai rasa yang baru kenalah buat research sendiri. Barulah produk tu dapat dipelbagaikan. Baru-baru ni saya ada try membuat kek lapis perasa mint (pudina) dan blueberry. Emmm... memang sedap. Bagi yang nak mencuba tu, apa lagi. Dial nombor saya dan buatlah tempahan sekarang. Di bawah ni ada saya sertakan gambar kek lapis blueberry dan kek lapis mint.

Ini ialah kek lapis blueberry.


Yang ni pulak kek lapis mint.

Tuesday, October 14, 2008

Tempahan untuk open house

Tempahan pertama untuk promosi bulan ni saya terima daripada Angah. Terima kasih Angah kerana sudi order lagi. Angah menempah 2 biji kek lapis iaitu kek lapis kenyalang dan kek lapis sisik ikan. Kedua-dua kek Angah minta di bahagi 3. Tempahan juga saya terima daripada Suzi di Puchong dan Ana di Shah Alam. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah order kek lapis saya. Kalau sedap bolehlah order lagi ye. Jadi kawan-kawan yang nak buat open house jangan tugggu lagi. Cepat... nanti terlepas...

Inilah dia rupa kek lapis kenyalang


Ini plak kek lapis Angah yang telah dipotong 3

Wednesday, October 8, 2008

Promosi Open House

Promosi!... Promosi!...
Untuk promosi open house hari raya ni saya menawarkan kek lapis dengan harga hanya RM65 sebiji. Harga biasa ialah RM70, jadi ada diskaun RM5. Tapi kos penghantaran macam biasalah. Promosi ini hanya terhad sepanjang bulan Syawal ini sahaja. Apalagi kawan-kawan, janganlah lepaskan peluang ini. Cepat!.... Nanti tak dapat...

Syukur

Syukur Alhamdulillah dapat saya menyiapkan semua tempahan yang diterima tepat pada masanya. Harap semua berpuas hati . Lama juga saya tak masuk entry dalam blog ni. Almaklumlah sibuk beraya. Sekarang ni dah mula kembali bekerja semula. Kepada kawan-kawan yang nak buat open house tu bolehlah buat tempahan sekarang supaya tak kecewa nanti.

Thursday, September 11, 2008

Biskut Raya Tahun Lepas

Tahun lepas banyak juga saya buat biskut raya untuk tempahan. Antara biskut raya yang saya buat ialah mushroon cookies, biskut ais krim, biskut tembikai, biskut sujira, samperit dwiwarna dan tart gulung. Tapi tahun ni saya hanya membuat tart gulung dan kek lapis sahaja. Pada mulanya tak nak buat tart tu sebab nak fokus pada kek lapis sahaja. Tapi ada plak customer tahun lepas yang nak mengordernya. Saya ni jenis yang tak sampai hati nak tolak tempahan orang. Jadi saya terima jugalah tempahan tart. Tapi tak banyaklah. Untuk diri sendiri plak saya pun beli je cookies yang orang dah siap jual tu. Hehehe....
Oklah kita layan gambar beberapa jenis cookies yang masih ada dalam simpanan saya.

Sujira cookies


Biskut ais krim


Samperit dwiwarna


Mushroom cookies

Tuesday, September 9, 2008

Rezeki Ramadhan

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan salam Ramadhan kepada semua umat Islam. Jangan dilepaskan peluang untuk beramal ibadah sempena bulan yang penuh keberkatan ini.
Lama sungguh saya tak up date blog saya ni. Kerana kesempitan waktu telah membataskan untuk saya selalu update blog ini walaupun semua orang diberikan waktu yang sama iaitu 24 jam. Tapi hari ni saya curi sikit dari waktu yang ada untuk menjengah blog ini.
Untuk tempahan hari raya saya memang tak open tempahan melalui online. Kebanyakan tempahan yang ada ialah melalui agen yang ada yang telah menjalankan tugas mereka dengan baik sekali. Terima kasih kepada agen semua. Tapi mana-mana tempahan online yang ada saya terima juga kalau tak banyak. Takut tak terkejar nanti. Maklumlah saya buat semuanya seorang diri. Dan kepada mereka yang telah membuat tempahan untuk makan-makan dibulan puasa ni (untuk berbuka lah kan) terima kasih saya ucapkan. Gambar pun dah tak ter 'snap'. Minta maaf lah banyak-banyak.
Akhir kata dari saya. Banyakkanlah amal ibadat kita di bulan yang mulia ini. Bukan selalu dapat peluang di bulan yang penuh berkat ini.

Thursday, August 14, 2008

Orkid dan Bonsai

Semasa melawat MAHA 2008 (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism) saya tertarik betul dengan bonsai dan orkid yang ada dijual di sana. Tapi taklah saya beli kerana rumah tak bertanah susah nak menanam. Banyak informasi yang kita boleh dapat jika berkunjung ke sana. Pameran akan berlangsung sehingga 23 Ogos 2008 dari jam 10 hingga 7 petang. Jadi kepada yang berminat bolehlah datang ke pameran MAHA 2008 di tapak MAEPS Serdang berdekatan dengan UPM dan MARDI. Minggu depan dah cuti sekolah bolehlah jadikan ia sebagai salah satu aktiviti anak-anak sempena cuti sekolah ni. Ok kita layan gambar orkid dan bonsai...




















Sebenarnya banyak lagi gambar yang menarik dapat saya rakamkan di lensa kamera saya ni. Tapi kalau nak puas hati baik pergi sendiri. Tak rugi pergi. Banyak pengetahuan baru yang boleh kita dapati.

Friday, August 8, 2008

Berangan Nak Jadi Jutawan

Hari ni kita cerita perkara lain plak. Tak nak cerita pasal kek. Tapi tak tau nak cerita apa. Kita cerita pasal perkara yang ringan-ringan je. Tak mau cerita pasal harga minyak naik, pasal harga barang naik. Mari kita berangan jadi jutawan. Bestnya kalau dapat jadi jutawan. Rasanya macam dah tak payah fikir pasal nak cari duit lagi. Kalau dah ada satu juta dah ada jaminan untuk seumur hidup. Itupun kalau orang yang jenis beringat dan jimat cermatlah. Kalau yang jenis boros sekelip mata je sejuta boleh habis. Agaknyalah kan sejuta tu kalau semuanya ada depan mata kita, banyak mana agaknya duit tu kan. Berapa beg agaknya baru muat semua duit tu. Saya kalau ada sejuta, nak beli rumah, nak beli kereta, nak melabur, nak bawa mak pergi haji, nak melancong seluruh dunia, macam-macam lagilah. Emmm... bestnya berangan jadi jutawan. Baru berangan dah rasa best. Kalau real jadi jutawan macam mana agknya. Tidur pun boleh senyum. Nak tau tak kenapa saya boleh terberangan jadi jutawan. Sebab tengok iklan kat TV lah. Iklan Power Root yg peraduan boleh jadi jutawan. Tu yg berangan sekejap jadi jutawan. Alamak... terlebih sudah. Oklah cukup-cukuplah tu nak berangan. Kita tengok jelah gambar yg ada dalam simpanan saya yg tak ada kaitan dengan kek dan jutawan. Kita layan gambar...

Kanak-kanak prasekolah (anak buah dan rakan-rakannya)



Mohd. Ashraf Daniel (anak buah juga)


Sungai Sarawak (di hadapan Hotel Holiday Inn Kuching - Sg. Sarawak ke tu???)


Ustazah cilik (anak buah juga)


Angkasawan pertama negara sewaktu Pesta Buku di PWTC

Thursday, August 7, 2008

Pulasan Oh Pulasan

Malam tadi menyiapkan tempahan 3 biji kek lapis sisik ikan. Banyak tempahan yang saya terima ialah kek lapis sisik ikan. Daripada 3 biji tu, 2 ialah untuk Angah dari Johor dan sebiji tu untuk Kak Nor dari PJ. Semuanya dah selamat saya poskan dan harap esok dapat dengan selamat. Sambil melapis tu sempatlah juga makan buah pulasan yang saya beli di opis tadi. Tiga kilo RM5. Ini memang buah kesukaan saya. Lebih manis daripada rambutan. Maka saya pun jadi lupa diri. Makan tak ingat dunia. Akibatnya batuk saya tak berhenti-henti. Nak tidur pun susah. Itulah akibatnya kalau makan tak ingat diri.

Inilah pulasan yang saya makan sampai lupa diri. Emmm..... sedapnya...



2 biji kek lapis sisik ikan untuk Angah


Tempahan Kak Nor. Dah siap bungkus untuk diposkan. Ambil gambar ni masa nak pergi pejabat pos kat dalam kereta.

Tuesday, August 5, 2008

Tempahan Hujung Minggu

Hujung minggu hari tu buat tempahan daripada Kak Mariah dari Cheras yang nak 2 biji kek lapis asam manis. Terima kasih kak kerana datang dari Cheras nak ambil kek lapis ni. Tak lupa juga tempahan saya terima daripada Suzi (Putrajaya) yang tempah dua biji kek lapis sisik ikan dan sebiji kek lapis coklat cadbury. Katanya nak buat makan-makan di rumahnya. Juga tempahan daripada Kak Mas (jiran kat kawasan perumahan) yg menempah 2 biji kek lapis sisik ikan. Sebiji katanya untuk dibawa balik oleh anaknya yg bekerja di Pandan Indah. Terima kasih kepada semua. Kalau sedap beritahu kawan (promosilah plak), kalau tak sedap atau apa-apalah yang tak kena beritahu saya supaya saya boleh perbaiki.
Kek lapis asam manis
Asam haw flake yg digunakan untuk kek lapis asam manis

Wednesday, July 30, 2008

Apam Mekar dan Kek Neopolitana

Asyik dengan kek lapis je, sesekali teringin plak nak tengok dan makan kek lain. Maka terhasillah dua jenis makanan ini. Yang pertama ialah apam mekar. Ada juga orang yang panggil apam senyum. Mungkin sebab apam ni merekah macam tersenyum je agaknya. Kalau tak merekah dan tersenyum mekar maka apam ni kira tak menjadi.
Yang kedua ialah kek neopolitana. Tak taulah plak macam mana boleh dapat nama neopolitana. Tapi kedua-duanya sedap (hehehe...puji sendiri). Ok kita layan gambar....




Tuesday, July 29, 2008

Luahan Hatiku

Hari Sabtu lepas saya telah pergi ke PWTC untuk melihat 19th Malaysia International Food Processing and Packaging Exhibition. Hari tu ialah hari terakhir dan saya sampai pun sudah pukul empat lebih sedangkan pameran akan tamat pada pukul 6 petang. Memang ramai orang yang datang kerana pada masa yang sama di dewan bersebelahan ada exhibition lain.
Pameran tu adalah berkenaan dengan mesin-mesin dan teknologi yang digunakan dalam pemprosesan dan pembungkusan makanan. Jadi banyaklah syarikat-syarikat besar yang mengambil peluang mempamerkan barang dagangan mereka. Banyak mesin-mesin besar dan canggih yang saya tengok pada hari tu.
Sebahagian besar daripada pengunjung dan peserta pameran bukanlah datang daripada kaum kita. Semasa lawatan saya, hampir 90% pengunjung yang hadir ialah kaum lain. Tentu semua tau kaum apa yang saya maksudkan. Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah berkenaan dengan sikap mereka (peserta pameran yg bukan kaum kita). Apabila mereka lihat kaum lain datang melihat tapak pameran mereka, kita ni tidak dilayan pun. Apabila bertanyapun tak dijawabnya. Apabila ada flyers yg hendak diberi, hanya kepada kaum mereka sahaja yg diberinya. Kita yg lalu depan mata mereka sikitpun tak dipandangnya. Sanggup pergi kejar kaum bangsa mereka sendiri yg lebih jauh.
Ada satu insiden yg sangat menggeramkan saya. Di salah sebuah tapak pameran, saya ada bertanya berkenaan satu mesin (memang itu pun tujuan saya ke sana). Saya pun bertanyalah kepada meraka ni. Hendak tak nak je jawab. Lepas jawab tu siap boleh ketawakan kita lagi. Sebab pada anggapan mereka kita Melayu ni tak mampu beli. Saya pergi pula ke tapak lain. Yg ni plak bila nampak saya datang terus pergi layan org lain, kaum dia juga. Siapa yg tak geramkan. Beginilah anggapan bangsa lain kepada kita. Mereka beranggapan kaum kita ni tak layak untuk berniaga. Tak layak utk beli mesin yg mereka jual tu. Terasa seperti dianak tirikan di bumi sendiri.
Ha..... terluah juga isi hati.... hehehe....


Thursday, July 24, 2008

Kek Lapis Asam Manis

Kek lapis ni diminta oleh jiran di sini. Kek lapis asam manis ni dikukus, tak seperti kek lapis lain yang kebanyakannya dibakar. Ia menggunakan tepung biskut marie (biskut marie yang dikisar halus menjadi tepung) yang menjadikan teksturnya lembut. Proses pembuatannya seperti biasalah, kena melapis, selapis demi selapis. Pada setiap lapisan yang berwarna kuning saya letakkan asam haw flake. Ada juga yang letakkan asam ni pada setiap lapis. Tapi pada saya jika diletakkan pada setiap lapis akan jadi terlalu manis plak. Dan ada juga yang suka letakkan warna selain hijau dan kuning seperti warna merah dan lain-lain.
Oklah kita layan gambar...

Ni lapisan hijau yang belum masak


Ni plak lapisan kuning yang telah diletakkan asam tapi belum masak

So... Apa lagi. Kepada sesiapa yang nak order call saja nombor ni: 012-2452851

Sunday, July 20, 2008

Buku resepi

Sabahagian daripada hobi saya sejak dahulu ialah mengumpul resepi. Tak kisahlah daripada buku, majalah, suratkhabar, resepi daripada mak atau nenek, kawan-kawan, belajar di kelas masakan ataupun daripada internet. Bukan resepi kek lapis sahaja yang saya kumpul, tetapi meliputi resepi masakan harian seperti lauk pauk, kek biasa, mufin, mee dan pelbagai jenis lagi. Tetapi tak semua resepi yang telah saya kumpul tu saya pernah cuba. Ada antaranya tu hanyalah sebagai koleksi sahaja. Oklah malas nak tulis banyak-banyak. Mari layan gambar.

Koleksi buku kek lapis yang saya ada iaitu Kek Lapis Sarawak oleh Rabiah Amit, Kek Lapis Sarawak Selera Deja Moss oleh Deja Moss dan Kek Lapis Sarawak oleh Noraini Zakaria.


Koleksi resepi daripada sumber-sumber lain.

Thursday, July 17, 2008

Promosi Bulan Julai

Walaupun dan hampir pertengahan Julai, tak apalah saya akan buat juga promosi untuk bulan ini. Pembelian mana-mana kek lapis daripada blog ini akan dikecualikan daripada bayaran pos (penghantaran). Tetapi promosi ini terhad kepada hanya sebiji kek lapis sahaja. Jika lebih daripada sebiji bayaran pos hanya untuk yang kedua dan seterusnya sahaja.
JADI APA LAGI!.. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.

Cupcake

Selain kek lapis saya juga ada menerima tempahan untuk cupcake. Tetapi keutamaan saya adalah kepada kek lapis disebabkan sayang dan minatnya saya pada kek lapis. Membuat cupcake pada saya memerlukan seorang yang sabar dan kreatif dalam mereka cipta design-design yang lawa di atas kek yang comel-comel tu.
Minggu lepas saya ada menerima tempahan daripada Sya yang inginkan kek lapis sisik ikan dan 35 biji cup cake. Ok kita layan gambar cupcake.

Thursday, June 26, 2008

Kek Lapis Sisik Ikan

Kek lapis sisik ikan ialah kek lapis yang banyak order daripada penggemar kek lapis. Kek lapis ini mempunyai rasa Horlicks dan dilapisi dengan asam haw flake. Bagi yang pernah merasainya pasti akan terpikat dengan kelazatannya dan pasti nak order lagi.
Di bawah ni ialah gambar 4 biji kek lapis sisik ikan yang ditempah oleh seorang mak cik dari Kluang untuk majlis kenduri di rumahnya sabtu ini. Saya telahpun poskan pagi tadi dan harap sampai esok dalam keadaan selamat. Ok kita layan gambar.

Thursday, June 19, 2008

Kek Lapis Oren Coklat Cadbury

Hari ni saya nak masukkan satu jenis lagi kek lapis dalam senarai iaitu Kek Lapis Oren Coklat Cadbury. Harga dan saiz sama macam yang lain. Kek lapis ini mempunyai rasa oren dan dilapisi dengan coklat cadbury yang sedap dan mmmm... Ok mari kita layan gambar.

Monday, June 16, 2008

Layan Gambar

Hari ni saya nak tunjukkan gambar beberapa produk harian. Untuk produk harian biasanya saya lebih banyak memainkan warna dan perasa sahaja, tiada nama yang spesifik. Ok mari kita layan gambar.

Kek lapis kopi choklat chips


Kek lapis oren dengan coklat


Kek lapis pandan

Ada lagi hambar nak upload, tapi internet slow, malas nak tunggu.