Thursday, August 14, 2008

Orkid dan Bonsai

Semasa melawat MAHA 2008 (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism) saya tertarik betul dengan bonsai dan orkid yang ada dijual di sana. Tapi taklah saya beli kerana rumah tak bertanah susah nak menanam. Banyak informasi yang kita boleh dapat jika berkunjung ke sana. Pameran akan berlangsung sehingga 23 Ogos 2008 dari jam 10 hingga 7 petang. Jadi kepada yang berminat bolehlah datang ke pameran MAHA 2008 di tapak MAEPS Serdang berdekatan dengan UPM dan MARDI. Minggu depan dah cuti sekolah bolehlah jadikan ia sebagai salah satu aktiviti anak-anak sempena cuti sekolah ni. Ok kita layan gambar orkid dan bonsai...




















Sebenarnya banyak lagi gambar yang menarik dapat saya rakamkan di lensa kamera saya ni. Tapi kalau nak puas hati baik pergi sendiri. Tak rugi pergi. Banyak pengetahuan baru yang boleh kita dapati.

Friday, August 8, 2008

Berangan Nak Jadi Jutawan

Hari ni kita cerita perkara lain plak. Tak nak cerita pasal kek. Tapi tak tau nak cerita apa. Kita cerita pasal perkara yang ringan-ringan je. Tak mau cerita pasal harga minyak naik, pasal harga barang naik. Mari kita berangan jadi jutawan. Bestnya kalau dapat jadi jutawan. Rasanya macam dah tak payah fikir pasal nak cari duit lagi. Kalau dah ada satu juta dah ada jaminan untuk seumur hidup. Itupun kalau orang yang jenis beringat dan jimat cermatlah. Kalau yang jenis boros sekelip mata je sejuta boleh habis. Agaknyalah kan sejuta tu kalau semuanya ada depan mata kita, banyak mana agaknya duit tu kan. Berapa beg agaknya baru muat semua duit tu. Saya kalau ada sejuta, nak beli rumah, nak beli kereta, nak melabur, nak bawa mak pergi haji, nak melancong seluruh dunia, macam-macam lagilah. Emmm... bestnya berangan jadi jutawan. Baru berangan dah rasa best. Kalau real jadi jutawan macam mana agknya. Tidur pun boleh senyum. Nak tau tak kenapa saya boleh terberangan jadi jutawan. Sebab tengok iklan kat TV lah. Iklan Power Root yg peraduan boleh jadi jutawan. Tu yg berangan sekejap jadi jutawan. Alamak... terlebih sudah. Oklah cukup-cukuplah tu nak berangan. Kita tengok jelah gambar yg ada dalam simpanan saya yg tak ada kaitan dengan kek dan jutawan. Kita layan gambar...

Kanak-kanak prasekolah (anak buah dan rakan-rakannya)



Mohd. Ashraf Daniel (anak buah juga)


Sungai Sarawak (di hadapan Hotel Holiday Inn Kuching - Sg. Sarawak ke tu???)


Ustazah cilik (anak buah juga)


Angkasawan pertama negara sewaktu Pesta Buku di PWTC

Thursday, August 7, 2008

Pulasan Oh Pulasan

Malam tadi menyiapkan tempahan 3 biji kek lapis sisik ikan. Banyak tempahan yang saya terima ialah kek lapis sisik ikan. Daripada 3 biji tu, 2 ialah untuk Angah dari Johor dan sebiji tu untuk Kak Nor dari PJ. Semuanya dah selamat saya poskan dan harap esok dapat dengan selamat. Sambil melapis tu sempatlah juga makan buah pulasan yang saya beli di opis tadi. Tiga kilo RM5. Ini memang buah kesukaan saya. Lebih manis daripada rambutan. Maka saya pun jadi lupa diri. Makan tak ingat dunia. Akibatnya batuk saya tak berhenti-henti. Nak tidur pun susah. Itulah akibatnya kalau makan tak ingat diri.

Inilah pulasan yang saya makan sampai lupa diri. Emmm..... sedapnya...



2 biji kek lapis sisik ikan untuk Angah


Tempahan Kak Nor. Dah siap bungkus untuk diposkan. Ambil gambar ni masa nak pergi pejabat pos kat dalam kereta.

Tuesday, August 5, 2008

Tempahan Hujung Minggu

Hujung minggu hari tu buat tempahan daripada Kak Mariah dari Cheras yang nak 2 biji kek lapis asam manis. Terima kasih kak kerana datang dari Cheras nak ambil kek lapis ni. Tak lupa juga tempahan saya terima daripada Suzi (Putrajaya) yang tempah dua biji kek lapis sisik ikan dan sebiji kek lapis coklat cadbury. Katanya nak buat makan-makan di rumahnya. Juga tempahan daripada Kak Mas (jiran kat kawasan perumahan) yg menempah 2 biji kek lapis sisik ikan. Sebiji katanya untuk dibawa balik oleh anaknya yg bekerja di Pandan Indah. Terima kasih kepada semua. Kalau sedap beritahu kawan (promosilah plak), kalau tak sedap atau apa-apalah yang tak kena beritahu saya supaya saya boleh perbaiki.
Kek lapis asam manis
Asam haw flake yg digunakan untuk kek lapis asam manis