Tuesday, September 9, 2008

Rezeki Ramadhan

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan salam Ramadhan kepada semua umat Islam. Jangan dilepaskan peluang untuk beramal ibadah sempena bulan yang penuh keberkatan ini.
Lama sungguh saya tak up date blog saya ni. Kerana kesempitan waktu telah membataskan untuk saya selalu update blog ini walaupun semua orang diberikan waktu yang sama iaitu 24 jam. Tapi hari ni saya curi sikit dari waktu yang ada untuk menjengah blog ini.
Untuk tempahan hari raya saya memang tak open tempahan melalui online. Kebanyakan tempahan yang ada ialah melalui agen yang ada yang telah menjalankan tugas mereka dengan baik sekali. Terima kasih kepada agen semua. Tapi mana-mana tempahan online yang ada saya terima juga kalau tak banyak. Takut tak terkejar nanti. Maklumlah saya buat semuanya seorang diri. Dan kepada mereka yang telah membuat tempahan untuk makan-makan dibulan puasa ni (untuk berbuka lah kan) terima kasih saya ucapkan. Gambar pun dah tak ter 'snap'. Minta maaf lah banyak-banyak.
Akhir kata dari saya. Banyakkanlah amal ibadat kita di bulan yang mulia ini. Bukan selalu dapat peluang di bulan yang penuh berkat ini.

4 comments:

Enche' Adykasyah said...

Memang akak ni berjual online ke?

http://snapsnclicks.blogspot.com

Bagus idea ni..

Anonymous said...

Salam enche' adykasyah. Saya memang jual online dan juga offline. Idea ni pun dapat dari rakan-rakan lain. Setakat ni memang menggalakkan. Syukur dengan ezeki yang tuhan berikan.

joe said...

banyak untung bisness taun ni?ok ker?salam lebaran..........

Anonymous said...

joe..
Syukur rezeki sentiasa ada.