Thursday, June 12, 2008
Kek Lapis dan Harga Minyak
Harga minyak dah naik.Barang-barang untuk buak kek lapis pun dah banyak naik terutamanya tepung, gula dan telur. Dalam seminggu telur boleh naik sampai dua kali di tempat saya. Tapi saya akan cuba mengekalkan harga pada saiz dan kualiti yang masih lagi sama. Harap-harap lepas ni janganlah naik lagi. Kalau tidak peniaga keci-kecilan macam saya ni susah. Oklah itu sahaja. Banyak gambar nak update. Tapi tiba-tiba plak mood hilang bila sebut pasal harga minyak. Banyak sensitif..... hehehe......
Friday, June 6, 2008
Jenis dan Gambar Kek Lapis
Kek lapis saya mempunyai 2 kategori:
1. kek lapis yang menggunakan pure butter (Golden Churn) yang berharga RM70
2. kek lapis yang menggunakan butter biasa yang berharga RM50
Ini bertujuan supaya mereka yang mempunyai bajet yang kurang dapat merasa sama kek lapis yang saya buat ini. Semua jenis kek lapis yang saya hasilkan mempunyai saiz 8" x 8".
Senarai jenis kek lapis:
1. Kek lapis sisik ikan
2. Kek lapis 3 rasa (coklat, horlicks dan strawberry)
3. Kek lapis getaran
4. Kek lapis sensasi delight
5. Kek lapis epal oren
6. Kek lapis pandan coklat
Bagi mereka yang duduk jauh saya akan poskan dan caj penghantaran akan dikenakan sebanyak RM15. Bagi mereka yang ingin membuat tempahan silalah call 012-2452851 seminggu lebih awal supaya yang terbaik dapat dihasilkan.
Cara pembayaran:
Pembayaran bolehlah dibuat dengan bank-in kan harga + caj penghantaran ke akaun berikut:
CIMB - 12370066713525
Maybank - 162143066342
Atas nama Mahani Saim
Pengesahan tempahan hanyalah apabila pembayaran penuh telahpun dilakukan.
Thursday, June 5, 2008
Salam permulaan
Dengan lafaz Bismillah, saya melancarkan Kek Lapis Hanie Online. Blog ini akan menawarkan keenakan kek lapis Sarawak yang memang sudah cukup dikenali seantero Malaya ini. Saya cukup tertarik dengan keenakan dan kepelbagaian warna dan juga corak kek anak bumi kenyalang ini.
Demi kerana minat yang cukup mendalam, saya berusaha mempelajari teknik pembuatannya. Banyak kelas-kelas masakan yang telah saya hadiri untuk menambah ilmu tentang makanan
kebanggan rakyat Sarawak ini. Antaranya ialah kelas masakan anjuran Utusan Malaysia dan cikgunya pula ialah pembuat kek lapis Sarawak yang memang sudah cukup terkenal iaitu Puan Rabiah Amit. Banyak lagi kelas-kelas lain yang telah saya hadiri.
Sebelum ini saya hanya buat untuk kawan-kawan yang dah tahu saya ada buat kek lapis Sarawak ini.Memang saya tak buat promosi pun.Tetapi baru sekarang saya mula serius dalam pembuatan kek lapis Sarawak. Maka dengan itulah terhasilnya blog ini untuk mempromosikan kek lapis saya. Saya budak baru belajar, kalau salah harap maafkan. Saya bukanlah seperti mereka yang sudah mahir dengan blog-blog ni. Blog ni pun masih ada banyak lagi kekurangannya. Kalau ada gambar yang blur ataupun tidak kemas layoutnyaharaplah dimaafkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)