Thursday, June 5, 2008

Salam permulaan

Dengan lafaz Bismillah, saya melancarkan Kek Lapis Hanie Online. Blog ini akan menawarkan keenakan kek lapis Sarawak yang memang sudah cukup dikenali seantero Malaya ini. Saya cukup tertarik dengan keenakan dan kepelbagaian warna dan juga corak kek anak bumi kenyalang ini.
Demi kerana minat yang cukup mendalam, saya berusaha mempelajari teknik pembuatannya. Banyak kelas-kelas masakan yang telah saya hadiri untuk menambah ilmu tentang makanan
kebanggan rakyat Sarawak ini. Antaranya ialah kelas masakan anjuran Utusan Malaysia dan cikgunya pula ialah pembuat kek lapis Sarawak yang memang sudah cukup terkenal iaitu Puan Rabiah Amit. Banyak lagi kelas-kelas lain yang telah saya hadiri.
Sebelum ini saya hanya buat untuk kawan-kawan yang dah tahu saya ada buat kek lapis Sarawak ini.Memang saya tak buat promosi pun.Tetapi baru sekarang saya mula serius dalam pembuatan kek lapis Sarawak. Maka dengan itulah terhasilnya blog ini untuk mempromosikan kek lapis saya. Saya budak baru belajar, kalau salah harap maafkan. Saya bukanlah seperti mereka yang sudah mahir dengan blog-blog ni. Blog ni pun masih ada banyak lagi kekurangannya. Kalau ada gambar yang blur ataupun tidak kemas layoutnyaharaplah dimaafkan.

No comments: